Pengenalan SMK Bintulu
Sekolah Menengah Kebangsaan Bintulu telah bertapak sejak tahun 1962, dengan nama asalnya adalah Bintulu Government Secondary School (BGSS). Sekolah ini merupakan sekolah yang mempunyai bilangan murid yang paling ramai di Malaysia. Sebagai sebuah sekolah menengah yang utama di bandar Bintulu, sekolah ini telah banyak berbakti dalam melahirkan golongan terpelajar dari daerah ini. Kini, setelah lebih 50 tahun, sekolah ini terus dengan misi dan visinya yang baru ke arah melahirkan mewujudkan masyarakat yang berilmu dan berakhlak mulia.
Visi sekolah :
BINTULU GEMILANG BERWATAK
Misi Sekolah :
SMK BINTULU BERTEKAD MEMBERI SUMBANGAN POSITIF DALAM PROSES MEMANTAPKAN PEMBINAAN INSAN DENGAN MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PELAJARAN BERMUTU KEPADA SETIAP PELAJARNYA TANPA MENGIRA PERBEZAAN DARI SEGI KEUPAYAAN DAN KETURUNAN.
7 Langkah Stategik :
- BETULKAN YANG BIASA
- BIASAKAN DENGAN YANG BETUL
- AMALKAN PENINGKATAN KUALITI PELAJARAN
- PERLUASKAN DAN PERKEMBANGKAN KEUPAYAAN
- PEMBESTARIAN BERTERUSAN
- PRINSIP KERJA XPLUS : EXCELLENCE(Pengetahuan+Latihan +Usaha+Semangat Sepasukan)
- AMALKAN KERJA HIGH SPEED HIGH IMPACT
Matlamat Sekolah
- MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN TERBAIK KEPADA SEMUA PELAJAR SUPAYA SEBILANGAN BESAR BERJAYA MELANJUTKAN PELAJARAN USAHA KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI.
- MENYEDIAKAN STRUKTUR DAN PENTAS SERTA PELUANG DAN RUANG YANG BERUPAYA MENGEMBANGKAN BAKAT INDIVIDU PELAJAR MENGIKUT KEUPAYAAN MASING-MASING DAN JUGA MELAHIRKAN SUASANA PERSAINGAN KOLABOLATIF YANG SIHAT ANTARA PELAJAR.
- MENAMBAHBAIK PEDAGOGI SISTEMATIK SEKOLAH DEMI MENINGKATKAN PROFESIONALISME STAF DAN KECEMERLANGAN PRESTASI PELAJAR.
- MEMBANGUNKAN SEBUAH SEKOLAH BERWATAK MELALUI PENCAPAIAN SEIMBANG YANG CEMERLANG DALAM BIDANG KURIKULUM, KOKURIKULUM, SAHSIAH PELAJAR DAN 3K SEKOLAH.
- MEMBINA IMEJ SEKOLAH SEBAGAI SEKOLAH BERKESAN BERTERASKAN PERKEMBANGAN BUDAYA PENDIDIKAN CEMERLANG DI SEKOLAH.
Sejarah Sekolah
Nama asal SMK Bintulu ialah Bintulu Government Secondary School (BGSS)
| 1962 |
SMK Bintulu telah dibina dengan bantuan kewangan daripada Kerajaan New Zealand di bawah rancangan Colombo.
|
|
1964 |
SMK Bintulu dipindahkan dari tapak asal (Bangunan Kerajaan berdekatan dengan Poliklinik) ke tapak sekarang.
|
|
1966 |
Pembinaan kelas 2E – 2G. |
|
1968 |
Pembinaan makmal domestik, blok kelas dan asrama kesembilan. |
|
1970 |
Makmal ketiga siap dibina. |
|
1971 |
Rumah guru telah siap dibina dan bilik guru 1 mula digunakan. |
|
1971 |
Sebidang tanah seluas 3.45 ekar diberikan kepada SMK Bintulu untuk pembesaran dan pembinaan semula bangunan SMK Bintulu selepas kebakaran berlaku di blok pentadbiran dan bilik guru. |
|
1972 |
Blok kelas tingkatan 3, 4 dan 5 telah dibina beserta asrama kesepuluh. Tangki air yang berkualiti juga siap didirikan |
|
1974 |
Pembinaan kediaman guru dan pejabat am telah disiapkan |
|
1976 |
Tiga buah tandas dan asramaguru yang baharu telah siap dibangunkan. Gelanggang bola jaring juga siap dibina. |
|
1984 |
Projek pembangunan semula SMK Bintulu mula dijalankan dalam empat fasa. |
|
1989 |
Bangunan KBSM yang dikenali sebagai Blok D telah dibina. |
|
1991 |
Koperasi SMK Bintulu telah ditubuhkan hasil cetusan idea beberapa orang guru yang diketuai oleh Pengetua Nicholas Ugul. |
|
1992 |
PIBG SMK Bintulu ditubuhkan oleh Encik Jolin Antau Yang ( YDP Pertama). |
|
1995 |
Projek pembinaan pintu gerbang dan laluan berbumbung siap dibina hasil daripada projek “Mini Raffles”. |
|
2003 |
Disember 2003 projek makmal komputer telah siap dibina. |