Sejarah Sekolah
Nama asal SMK Bintulu ialah Bintulu Government Secondary School (BGSS)
| 1962 |
SMK Bintulu telah dibina dengan bantuan kewangan daripada Kerajaan New Zealand di bawah rancangan Colombo.
|
|
1964 |
SMK Bintulu dipindahkan dari tapak asal (Bangunan Kerajaan berdekatan dengan Poliklinik) ke tapak sekarang.
|
|
1966 |
Pembinaan kelas 2E – 2G. |
|
1968 |
Pembinaan makmal domestik, blok kelas dan asrama kesembilan. |
|
1970 |
Makmal ketiga siap dibina. |
|
1971 |
Rumah guru telah siap dibina dan bilik guru 1 mula digunakan. |
|
1971 |
Sebidang tanah seluas 3.45 ekar diberikan kepada SMK Bintulu untuk pembesaran dan pembinaan semula bangunan SMK Bintulu selepas kebakaran berlaku di blok pentadbiran dan bilik guru. |
|
1972 |
Blok kelas tingkatan 3, 4 dan 5 telah dibina beserta asrama kesepuluh. Tangki air yang berkualiti juga siap didirikan |
|
1974 |
Pembinaan kediaman guru dan pejabat am telah disiapkan |
|
1976 |
Tiga buah tandas dan asramaguru yang baharu telah siap dibangunkan. Gelanggang bola jaring juga siap dibina. |
|
1984 |
Projek pembangunan semula SMK Bintulu mula dijalankan dalam empat fasa. |
|
1989 |
Bangunan KBSM yang dikenali sebagai Blok D telah dibina. |
|
1991 |
Koperasi SMK Bintulu telah ditubuhkan hasil cetusan idea beberapa orang guru yang diketuai oleh Pengetua Nicholas Ugul. |
|
1992 |
PIBG SMK Bintulu ditubuhkan oleh Encik Jolin Antau Yang ( YDP Pertama). |
|
1995 |
Projek pembinaan pintu gerbang dan laluan berbumbung siap dibina hasil daripada projek “Mini Raffles”. |
|
2003 |
Disember 2003 projek makmal komputer telah siap dibina. |